"Singgah Pelaut... Jadi inilah rumah singgahan ayah." Iskandar bermonolog sendiri sambil jejarinya leka bermain dengan lensa kameranya. Sejak pagi dia keluar meronda pulau kecil itu bersama lensanya.
"Tenang dan damai pulau ini.." gumamnya sendiri sambil kaki melangkah melurusi pantai.
"Lebih dua puluh tahun aku tak datang kesini.." fikirannya ligat mencongak angka.
Dari jauh kelihatan seperti sebuah istana yang dikelilingi taman larangan, dilatari kebiruan air laut, dan banjaran kecil yang menghijau dikanannya. Lensanya terus menari kekiri dan kanan sambil jejari terus menekan pemicu kamera.
Perhatiannya tertarik kepada sesuatu objek yang seakan melambai-lambai. Lensa terhala ke arah itu.
"Hmmm.. interesting!" dia bersuara perlahan.
"Perlukah aku memperkenalkan diri?" fikirannya menerawang jauh. Teringat bicara dengan ayah dua hari sebelum dia berangkat ke pulau ini.
"Iskandar, ingat lagi tak Gram Anne?" tanya ayah.
"Gram Anne?... " dahinya berkerut.
"Grand Anne, yang tinggal di Pulau Tuba... ingat lagi tak masa Is kecil dulu kita pernah ke sana?"
"Oh, Grand Anne, orang putih yang suka belayar tu? ada lagi kah dia ayah?" kenangan lama terimbau kembali. Ayah pernah membawa kami sekeluarga ke pulau itu. Seingatnya tidak ada yang menarik di sana ketika itu,
"Ada, dia masih ada, tapi dah tak begitu sihat dah. Dua hari lagi Is ikut ayah ke sana ya?" Ujar Tuan Syed Yusof.
"Ada apa Ayah?" hairan pula bila ayah tiba-tiba bagi arahan sebegitu.
"Kita ada ambil kes dia kah?" tiba-tiba dia sedar mungkin Syarikat Guaman ayahnya Syed Yusof and Partners sedang menguruskan permasalahan undang-undang untuk Grand Anne.
"Bukan kes besar. Cuma kita sebagai pemegang amanah untuk cucunya, satu-satunya cucunya yang tinggal. Dua hari lagi dia nak serahkan Rumah Penginapan yang dia bina dengan suami dan anaknya kepada cucu dia". Terang ayah perlahan.
"Oh!" dia faham itu.
"Tapi kenapa diserahkan kepada cucunya. Kenapa tidak kepada anaknya?" keluar juga soalan bodoh itu. Sepatutnya dia sebagai seorang peguam tidak perlu mempertikaikan tentang kehendak pelanggannya.
"Siti Edriana Megat Zahir Edros, adalah satu-satunya cucunya yang ada. Uncle Zahir kamu dan Isterinya Adelina hilang dilaut dan percayai malah telah pun diistiharkan meninggal dunia. Cerita ini berlaku lebih daripada sepuluh tahun lalu." panjang penerangan ayah.
"Nanti-nantilah kita cerita. Kita pergi jumpa dia orang dulu." keluh ayah seakan mahu menutup perbualan.
Bunyi telefon bimbitnya menyedarkannya dari lamunan.
"Ayah.." dia menjawab sambil mata mengerling ke arah jam ditangan.
"Ok Ayah, Is dah nak sampai ke bilik ni.. " dia dah terlewat rupanya, pagi tadi Tuan Syed Yusof dah berpesan dengan anaknya yang mereka terpaksa balik hari ini sebab ada urusan penting dipejabatnya.
Dia bergegas ke bilik yang terletak di sebelah barat daya Singgah Pelaut.
Mengerling sekilas ke laut lepas. "Nanti kita jumpa lagi ya.. " hatinya dah terpaut dengan keindahan pemandangan disitu.