PJ BAITUL MAHABBAH AL HASHIMI




Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al Hashimi (PJBMA)
adalah sebuah pusat jagaan yang berkonsepkan kebajikan
menaungi seramai tujuh puluh(70)+ anak –anak dari kalangan anak yatim, fakir miskin, OKU, remaja insaf, asnaf zakat dan anak-anak yang memerlukan pembelaan samada dari peringkat rendah dan menengah.

Anak-anak tersebut diasramakan dan diberi pendidikan dan kasih sayang yang diperlukan untuk keselamatan dan kesejahteraan dunia dan Akhirat. 
PJBMA bernombor pendaftaran RA 0017690 - K telah memulakan operasinya pada bulan Februari 2010 di No.145, Jalan Sri Emas 3,Taman Desa Emas, 06300 Kuala Nerang, Kedah. Rumah ini dijadikan asrama menempatkan anak-anak sekolah rendah perempuan berumur dari 7 – 12 tahun.

Serba sedikit tentang PJBMA:-
Pada bulan Mei 2010 seorang hamba Allah telah memberi keizinan untuk dibangunkan sebuah surau dan asrama untuk pelajar remaja lelaki yang berumur dari 14 – 22 tahun di sebuah tanah keluasan 1 relong (0.67 ekar) sebagai amal jariah untuk arwah ayahnya. Disini dibangunkan surau dan asrama menempatkan remaja lelaki seramai 20 orang yang berlatarbelakang pendidikan agama yang lemah. Mereka diajar ilmu Fardhu ‘Ain dan Pengajian Al Quran disamping mendedahkan mereka kepada ilmu kemahiran berasaskan pertanian sebagai ko kurikulum mereka.


  Mereka telah dapat menjayakan pertanian cili padi (cabai melaka) berasaskan sistem “fertigasi” iaitu telah menanam sebanyak 1000 pokok cili padi dan sekarang sedang merancang untuk memulakan projek ternakan ikan dan projek ekonomi kecil-kecilan sebagai aktiviti kemahiran.
Pada bulan November 2010 mereka telah dapat menyewa sebuah rumah beserta kebun buah-buahan di Batu 22 1/2 , Mukim Belimbing Kiri, Jalan Padang Sanai berhampiran Pekan Kuala Nerang dimana mereka menempatkan anak-anak sekolah rendah lelaki seramai 11 orang berumur antara 7 – 12 tahun yang bersekolah di Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra Kuala Nerang, Kedah.


  Anak-anak ini diberi kasih sayang sewajarnya serta pendidikan dan pelaksanaan kehidupan seharian sebagai seorang hamba yang cinta dan takut Tuhan bersesuaian dengan Firman Allah bermaksud,"Awal-awal agama mengenal Allah”.


ALAMAT MEREKA:    

PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH AL HASHIMI 

LOT 1217,BENDANG PELAI,MUKIM BELIMBING KIRI,
JALAN PADANG SANAI 06300 KUALA NERANG,
KEDAH DARUL AMAN
HP: 019 4125194 / 013 4574229

 Nak diceritakan tersangatlah panjang, saya cuba sedaya mungkin menterjemahkan hasrat mereka ini untuk melihat anak-anak di Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi akan mampu berdikari apabila dewasa dan menjadi muslimin and muslimat yang soleh dah solehah.


Untuk Info Lanjut Boleh Klik dipautan berikut:


Pengenalan ; Lanjutan Kisah ; Gambar ; Facebook ; Keperluan







No comments:

Post a Comment