Saturday, August 27, 2011

Panggilan dari PJBAH

Alhamdulillah,

Hari Selasa lalu, semasa sedang memandu pulang, saya menerima panggilan daripada Pn. Syarifah, admin di Pusat Jagaan Baitulmahabbah Al-Hashimi.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada yang memberi response positif. Terima kasih yang tidak terhingga daripada pihak PJBAH untuk semua yang membantu, semoga sedikit sumbangan anda dapat mengembirakan anak-anak ini.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga anda semua dirahmati.

Ida.

Pautan untuk Kisah Lanjutan: Faceboook ; PJBAH ; Gambar ;Keperluan

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI ~ MAAF ZAHIR & BATIN

Salam, Para Blogger sekalian, juga para Blog-Walker yang rajin jenguk2 ke sini, Di kesempatan ini, Ida nk ucapkan Selamat Hari RaYa Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Bagi yang memandu, hati-hati dijalanraya, patuhilah undang-undang lalulintas Malaysia. Pandu dengan Kelajuan yang dibenarkan, Pupuk Kesabaran dalam diri, walau dah terlewat, utamakanlah keselamatan, pastikan kecerdasan adalah ditahap optima untuk pastikan anda selamat sampai ke destinasi.

OK, makan lemang & ketupat nanti ingat2 lah Ida, sebab semua makanan tu adalah favorite Ida. hehe.

Salam Dunia.. :))


Thursday, August 11, 2011

Pusat Jagaan BAITUL MAHABBAH AL HASHIMI - Keperluan

 Siri ini disenaraikan keperluan Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi:-


Keperluan dan Kelengkapan yang sedang diusahakan untuk ketiga-tiga asrama PJBMA

  1.  Pembinaan surau dan asrama bagi anak-anak remaja lelaki di Lot 1217, Bendang Pelai, Mukim Belimbing Kiri (kebun) yang lebih selesa kerana keadaan bangunan sekarang yang hanya dibina dengan plywood dan zing dan tapak asas binaan yang dibuat atas tanah tanpa simen.
  2.  Kelengkapan belajar yang serba kekurangan seperti meja belajar, kipas angin, komputer dan alat-alat pembelajaran yang lain. 
  3.  Kelengkapan surau yang masih serba kekurangan seperti ketiadaan PA Sistem untuk kegunaan dalam majlis Pengajian Fardhu ‘Ain dan untuk kumandangkan azan, kekurangan kipas untuk anak-anak bersolat jemaah dengan lebih selesa dan karpet surau yang sudah uzur.
  4.   Penapis air untuk minuman yang lebih sihat untuk anak-anak.(untuk 2 asrama).
  5.   Mesin basuh.
  6.   Freezer untuk menyimpan stok makanan.
  7.   Set TV dan pemain VCD untuk tujuan proses pembelajaran.
  8.   Kelengkapan bilik seperti almari pakaian, tilam, bantal, selimut dan cadar.
  9.  Kelengkapan dapur seperti periuk, kuali, dapur masak, peralatan dapur seperti pisau, sudu,jag air, senduk, cawan  dan pinggan mangkuk.
  10.  Perkakasan aktiviti kemahiran seperti mesin rumput, cangkul, pencakar, penyodok, tukul besi, gergaji dan lain-lain.
  11.  Kenderaan pengangkutan (van) untuk anak-anak pergi dan balik sekolah serta kegunaan-kegunaan  lain.
  12.   Dan Lain-lain keperluan yang difikirkan bersesuaian.
  Selain daripada yang tersebut, adalah menjadi keperluan bagi mereka di musim-musim perayaan, bulan Ramadhan dan Buka Persekolahan atau musim cuti persekolah untuk mempunyai pakaian baru, kuih-muih, makanan dan peralatan.

  Dengan itu amatlah berbesar hati bagi pihak Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi untuk menerima sebarang sumbangan daripada Anda!.

Untuk menyalurkan sumbangan bulanan atau untuk butir-butir perbankan sila klik dan muat turun di SINI

Anda juga boleh lihat makluman lanjut mereka di ruangan Facebook


Untuk Info Lanjut Boleh Klik dipautan berikut:

Latar Belakang ; Pengenalan ; Lanjutan Kisah ; Gambar ; Facebook ; 


Pusat Jagaan BAITUL MAHABBAH AL HASHIMI - Gambar

Kawasan Kebun Buah-buahan yang dikendalikan oleh anak-anak PJBMA


Kawasan cadangan Kolam Ikan yang akan dikendalikan oleh PJBMA

Kawasan cadangan penanaman sayur-sayuran

Cadangan penempatan Asrama lelaki dalam proses renovasi

Cadangan Asrama lelaki dalam proses renovasi


Pintu masuk ke PJBMA


Asrama di kelilingi Kebun Sayur


Blok Asrama


Blok Asrama & Surau Anak-anak PJBMA


Kebun Buah-buahan yang diuruskan oleh PJBMA


Kebun Buah-buahan


Aktiviti Anak-anak PJBMA


Aktiviti Anak-anak PJBMA


Aktiviti Anak-anak PJBMA


Aktiviti Anak-anak PJBMA


Aktiviti Anak-anak PJBMA


Aktiviti Anak-anak PJBMA


Aktiviti Anak-anak PJBMA


Aktiviti Anak-anak PJBMA


Aktiviti Anak-anak PJBMA


Aktiviti Anak-anak PJBMA


Aktiviti Anak-anak PJBMA


Penanaman Cili Padi (Cabai Melaka)


Aktiviti Anak-anak PJBMA


Kawasan Penanaman Cili Padi


Surau dan Asrama


Surau di dalam pembinaan

Untuk Info Lanjut Boleh Klik dipautan berikut:

Latar Belakang ; Pengenalan ; Lanjutan Kisah ; Facebook ; Keperluan 


Pusat Jagaan BAITUL MAHABBAH AL HASHIMI - Sambungan

Kalau anda baca entry saya yang lalu mesti perasan cerita berkenaan PJ Baitul Mahabbah Al-Hashimi ni;

  Kisah-kisah Baitul Mahabbah Al-Hashimi ini tidak terhenti di situ, waktu berlalu begitu pantas, kini 3 tahun berlalu tanpa disedari, saya masih menerima SMS daripada Puan Syarifah dan Pn Faridah memohon sumbangan untuk disalukan kepada rumah anak-anak ini, Janji saya untuk menyampaikan hasrat mereka kepada anda-anda yang sudi menghulukan sumbangan dan bantuan masih belum dilangsaikan.

  Sekiranya anda yang membaca cerita ini, berkenan menghulur seringgit dua atau berhasrat untuk melawat mereka, bolehlah menghubungi Pn. Syarifah atau Pn. Faridah di nombor yang disertakan di SINI

Insyaallah, saya akan lampirkan beberapa keping gambar yang di e-mail oleh Pn. Syarifah kepada saya berbulan-bulan yang lalu. Dan juga borang sumbangan di 4shared.com, Sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menelefon atau melawat, boleh juga mengisi borang tersebut dengan mendownload dan di fax atau di e-mail terus kepada Pn. Syarifah.  Pn. Syarifah dengan penuh humble akan melayan panggilan, sms dan e-mail anda.

  Kepada Pn. Syarifah, saya memohon maaf di atas kelewatan entry ini, insyaallah akan saya sebarkan kepada mereka yang prihatin. Semoga diperluaskan rezeki kepada anak-anak kesayangan Allah ini.

  Jika ada kelapangan dan rezeki insyaallah kita akan bertemu suatu hari nanti.


Untuk Info Lanjut Boleh Klik dipautan berikut:

Latar Belakang ; Pengenalan ; Gambar ; Facebook ; Keperluan