Tuesday, October 22, 2013

Siti Selendang Merah : 1

"Allahumma Yassir Wala Tuassir, Robbi Tammim bil Khair"
Ya Allah, permudahkanlah dan jangan dipersulitkan, dan kau akhirilah dengan kebaikan.

Pandangannya jauh ketengah lautan yang luas terbentang.
"Mummy, Daddy..
Kalaulah mummy dan daddy ada di sini sekarang.
pastinya Eiey tak akan terima tanggungjawab ini secepat ini.
kan mummy, daddy.."

Rasa sayu tiba-tiba menerpa. Kehangatan mentari tak mampu menahan rasa sendu. Air mata mengalir laju.

"Tapi daddy.. Eiey faham keadaan sekarang. Grandma dah tak mampu menguruskan Singgah Pelaut seorang diri,
Fiza beritahu Eiey, Grandma sekarang dah jarang datang ke Singgah Pelaut... "

Dia bermonolog sendiri. Dia menoleh ke kiri dan kanan, laut ini, pantai ini dan pokok Ketapang ini yang sentiasa setia mendengar bicaranya.

Dia terpikir sendiri, pantai ini, pulau ini masih seperti dulu, walau selepas 3 tahun dia keluar dari sini.  Itu pun atas kehendak Grandma. Demi kebaikan dia sendiri, dia faham itu,  dan demi kepentinggan Singgah Pelaut juga.              

Di sinilah tempat dia mengadu pada daddy dan mummy, semenjak daddy dan mummy tidak lagi pernah pulang lebih 12 tahun yang lalu.

Deringan Pixy mengejutkan dia dari lamunan, telefon bimbit dikeluarkan dari poket,
"Singgah Pelaut!"
"Siapa yang cari tengah-tengah hari ni.. " dia berkata-kata sendiri sambil jejari laju mengelongsor diatas skrin telefon.



"Assalamualaikum Fiza" Dah tau siapa yang memanggil.
"Waalaikumussalam, Cik Ei ni.. tau-tau saja sapa yang call kan.. haha" tawanya dalam loghat Kedah nya yang pekat.

"Ada apa Fiza? formal sangat lah pulak bercik-cik." tanyanya dalam senyuman.
"Dak Aih.. Kan Cik Eiey Bos baru Singgah Pelaut, kami kena la hormat.." tawanya masih bersisa.
"hahaha... tak payah lah nak bercik sangat. Fiza dengan Ei berkawan sejak kecik lagi... "
"Dah la.. nanti kita cerita kt Office, ada apa yang urgent kah?"

"Tak da, Fiza heran sebab tadi Encik Mior call, tanya Eiey, dia kat rumah Madam Anne, Eiey tak balik pun katanya.. "
"Fiza habaq kata Eiey balik lunch kot sebab tak dak pulak kat Office ni.. "
"Eiey ok ka? Eiey kat mana ni?.. " laju saja bicara Fiza, memang jenis cakap berderet macam keretapi.

"Eh, Ei tak balik, ada kat beach, kejab lagi Eiey balik Office, Ayah Ngah ada cakap kenapa dia cari Ei?"

"Tak ada pun, tapi suara dia macam risau ja, Madam Anne pun tak telefon hari ni, Fiza macam pelik pula.  Selalunya sehari tiga-empat kali dia telefon Fiza atau Sani."

"Tak apalah Fiza, mungkin dia nak bagi peluang pada Ei kot. Pagi tadi Eiey breakfast dengan dia, macam-macam dah amanat dia bagi" dia menjawab sambil tersenyum.

Teringat pula masa bersarapan dengan Grandma pagi tadi, Amanat, cerita, nasihat, leteran panjang berjela.
Selalu juga Grandma berleter panjang padanya, lebih-lebih lagi kalau hari-hari terakhir dia menghabiskan cutinya di Villa Laut.

Grandma dan Grandpa adalah pelaut, Daddy juga seorang pelaut, Ayah Ngah Mior juga pelaut.  Sejak Daddy dan mummy tak pulang-pulang ke Pulau ini, Ayah Ngahlah yang menjenguk dan membantu Grandma atau lebih dikenali sebagai Madam Anne dikalangan warga pulau dan tetamu di Singgah Pelaut.

Singgah Pelaut, namanya seindah binaannya di hujung teluk Pulau Tuba. Landskapnya yang hijau dilatari laut luas yang membiru saujana mata memandang. Chalet-chalet kecil disekeliling Rumah utama yang menjadi pusat operasi dibina dengan penuh teliti dengan gaya Istana Melayu tradisional.

Edriana memandang kearah Singgah Pelaut, bangga dengan hasil seninya, bangga dengan hasil usaha datuk dan neneknya, hasil kerja keras daddy dan mummy juga.

Semalam, hari ini dan masa depannya kini seharusnya untuk Singgah Pelaut. Itu amanah, warisan, telah pun diserahkan secara rasmi kepadanya di hadapan Ayahanda Syed Zahari, peguam grandma di Kamar Edros semalam. Ramai yang menyaksikan acara itu. Grandma mahu ia diraikan bersama-sama tetamu Singgah Pelaut. Malah ada tetamu yang diundang khas dari seberang.

"InsyaAllah, Daddy, Mummy.. Eiey akan lakukan yang terbaik. demi Singgah Pelaut, pulau ini dan warganya" bicaranya sendiri sambil melangkah meninggalkan pohon Ketapang di tepi pantai.

1 comment:

  1. Jemput Singgah, Baca dan berikan pendapat anda. InsyaAllah Episod Kedua akan menyusul...

    ReplyDelete