Saturday, November 10, 2012

Zizan buat Aaron Ketawa sampai nangis..

Haha.. comel lah Zizan ni.. 

Ni post aku sebab bosan sangat 2-3 hari ni.. aku buat apa pun tak menjadi.. 
Huhu.. bosannn... aku ingat aku kena pi bercutilah... 
tapi keta tk de air-cond.. nak pi jalan-jalan pun tak best.. nanti baby berpeluh2. kesian Eicha. 

Browsing Youtube tetiba jumpa posting ni.. menarik juga hehe...

Selama ni aku tgk AA ni, biasa je org dia.. tengok through media je kan.. 
tapi tgk Video ni memang sangat comel.. dia ketawa sampai nangis.. 
memang aku tak tengok TV sangat, hehe.. layan..


.Allahumma Yasir wala Tu'assir.

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir", yang bermaksud, "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan". Bacaan penuhnya ialah : "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin."


Tetiba je kan.. Ntah apa yang kalut dalam fikiran saya sekarang. 
Sehingga apa kerja pun tak menjadi. 

Pic kt bawah ni... se confuse saya sekarang..
Semoga Allah permudahkan segala urusan. Doakan saya ya. 


Tuesday, October 30, 2012

Adam & Hawa by Aisya Sofea

Diciptakan Hawa untuk menemani Adam. Terharu mendengar kata-kata ini..
Well kalau korang ikut Entry ambe.. memang taulah ini sambungan entry untuk Adam dan Hawa kan.. 

Sebuah cerita dari Novel yang diimiginasikan oleh Aisya Sofea.. bak kata Nadiya Nissa dalam Fanpage beliau.. Nah! kini kami visualisekan.. :)


Monday, October 29, 2012

Thursday, October 18, 2012

SUBHANALLAH.. SATU ORGAN DALAM DIRI KITA..

Indahnya Ciptaan Allah, Subhanallah, Walhamdulillah, Allahuakbar..

Mari Baca dan Fikirkan..
Tentang Suatu Organ dalam Diri Kita.. 

Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah beg berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?

Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya. “(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan k
amu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu, “[QS. Al-An'am: 102]
Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 – 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.

Jantung berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali / minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60-80 kali / minit.

Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.

Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.

Berat jantung kurang lebih 312 gram mampu berdenyut sekitar 60-80 kali / minit dan berdenyut selama setahun sekitar 40 juta kali denyutan. Apabila digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu mengangkat beban yang berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki dengan kerja kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh jantung orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar 20 liter / minit.
Sementara perjalanan darah melalui jantung memerlukan masa 1.5 saat, sedangkan dari jantung ke paru-paru kemudian kembali ke jantung lagi (peredaran darah kecil) memerlukan masa 6 saat. Jantung mengeluarkan 8000 liter darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar memanjang + 150 km melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang terdapat makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital sistem pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan mengalami kerosakan.

Jantung berfungsi sebagai raja yang mengepalai seluruh anggota tubuh, ia adalah pancangan kehidupan, sumber nyawa kehidupan dan panas badan.Jantung adalah sumber munculnya pemikiran, pengetahuan, kelemahlembutan, keberanian, kemuliaan, kesabaran, kekuatan menahan diri, rasa cinta, keinginan, kerelaan, kemurkaan dan sifat-sifat sempurna yang lain. Seluruh anggota tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah tentera bagi jantung.

Setiap apa yang dilihat oleh mata langsung dihantar ke jantung. Kerana keterikatan yang dalam antara mata dan jantung, apabila ada sesuatu di dalam jantung, maka boleh tampak di mata. Mata merupakan cermin dari jantung yang menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana lisan merupakan penterjemah dari apa yang didengar oleh hati. Kerana itu banyak didapati dalam Al-Qur’an tiga hal tersebut digabung jadi satu. “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.” [Qs. Al-Israa (17): 36]

Sementara Harun Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa henti naik turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh jantung.Setiap benda memerlukan penggerak agar boleh terus bergerak. Pelbagai kenderaan atau bahkan sebuah kereta mainan remote control bergerak dengan motor. Begitu juga darah yang beredar di sepanjang tubuh pun memerlukan sebuah motor. Motor yang memainkan darah kita siang malam selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.

Jika kita memegang urat nadi dan menunggunya sebentar, maka akan terasa denyutan jantung kita. Jantung mengepam + 152 juta liter (40 juta gelen) darah sepanjang hidup. Darah sebanyak itu setara dengan minyak sebanyak 10,000 kereta tangki, angka ini cukup hebat tentunya. Sekarang jika diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke ember lain, 70 kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita akan sakit dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.

Darah yang mengedari tubuh kebanyakan tersusun dari air (jika, sel, protein dan hormon dipisahkan dari darah, yang tinggal adalah plasma yang 95%-nya adalah air). Oleh kerana itu Jika peringkat visikositas air menyerupai ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta lebih tinggi dari ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah melalui rangkaian kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat darah melalui pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan perlambatan.
Bayangkanlah bagaimana Allah menciptakan pam dengan bentuk yang paling sempurna di dunia ini sekarang tengah berdetak di bahagian kiri dada kita, Subhanallah …Dengan rancangannya yang istimewa dan gerak tak kenal henti, jantung membuat seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan 1000 pusingan penuh dalam sehari.

From Islampos.com - Harian Metro Online



Thursday, September 20, 2012

Ain Hawani..

Ain Hawani.. sedap nama dia kan.. 

Dah sampai Episod 15 dah Drama Adam & Hawa ni.. 

Ade yang rasa nk tengok lagi tak.. ? Best ke? 

Pada Aku emm.. boleh la.. bg 4 bintang..

Sapa yang terlepas Ep 1-5 leh la Klik kt Page Adam & Hawani

So kat Sini ni Episod2 Seterusnya.. klu nk tengok la kan..

Tuesday, September 18, 2012

Samb.. Adam dan Hawa

3 hari tk de Episod Adam & Hawa ni.. rasa mcm rindu sangat dgn Nadiya Nisaa tu kan..

Korang yg baca kisah ni agak2 ok tk klu ambe buat satu page untuk Adam dan Hawa..

Hihi Tabsub sungguh..

Ok nanti kita create page tu ek.

And kat sini Episod seterusnya.. enjoy.. :)

Sunday, September 16, 2012

ADAM & HAWA LAGI...

80 Episod??? Sinetron ke hapa ni?? Layan je la.. sebab tabsub sangatkan pasal Adam dan Hawa ni..

Banyak giler komen kt Blog and Web pasal Nadiya Nisaa yang depa kata tk sesuai jadi Heroin Drama ni.. 
Aku tk kenal sangat Nadiya ni.. ye la kan.. aku citer melayu ni kurang sikit nk layan..

Tapi bila aku tengok ok je dia belakon.. lagi pandai dari sapa tu yg belakon Nora Elena -- alamak lupa la pulak nama dia. and lagi bagus dia berlakon dari sorang lagi pelakon dalam Bicara Hati ritu.. minah tu aku memang tk boleh blah.. walaupun aku suka jugak Novel Bicara Hari tu.. kann...

OK sebab aku rindu kt Ain hari ni.. Ni episod ke-2.

Saturday, September 15, 2012

ADAM DAN HAWA

Hi Guys and Gals.
Lama tk update cerita-ceriti kan.. Sibuk gila sejak dua menjak ni sejak jadi usahawan ni Kann.. hehe

Ok nanti kita cerita mcm mana nak jadi usahawan tu kan. La ni meh nak cerita pasal Adam dan Hawa, 

Huhu.. Adam dan Hawa nukilan Aisha Sofea inilah yang mengembalikan minat aku terhadap Novel Berbahasa Malaysia.. (minta maap )
Sebelum ni aku malas gila nak baca Novel Melayu.
Tapi satu hari tu Akak aku sibuk la nak cerita Novel paling terbaik lah konon-kononnya..
Abih je dia cerita aku pun rasa .. oklah.. nk bacalah.. apa yg best sangat tu kan..

Fuhh,.. memang best lah.. sampai lepas tu akulah peminat setia Aisha Sofea.. kikikih..

La ni Astro plak wat gempak.. tayang cerita Adam dan Hawa.. huhu sedih sebab tk dapat tengok sebab aku tk subscribe Mustika HD tu kan.

Tapi kerana nk sangat aku pun google la.. Alhamdulillah adalah manusia2 prihatin yang sudi berkerja keras merakam dan mengupload ke Web. walaupun kena block, kena claim patent la dah sebagainya.. namun usaha mereka2 ini memang aku respek la.. walaupun status nya harus ke haram aku pun agak confius.

sapa nk tengok.. kat sini beb..
Ni Episod 1 ..

Thursday, January 5, 2012

ThE AppLE oF mY EyEs..: Warna-Warni Hidup

ThE AppLE oF mY EyEs..: Warna-Warni Hidup: Lama jugak tak conteng-conteng sini kan. Idea mencurah-curah bila tak de keyboard or tak de pen kat tangan. Semua pun kat dalam kepala. ...