Dah lama saya bercita-cita nk create entry ni.. tapi terhalang oleh kekangan masa, material dan line internet.
Insyaallah, hari ni saya nk cerita tentang BAITUL MAHABBAH AL HASHIMI - Pusat Jagaan dan Rumah Amal untuk Anak-anak Yatim, Fakir Miskin, Remaja Insaf dan Asnaf Zakat.
2 tahun lalu, saya di lawati oleh 2 orang wanita, yang sangat lemah lembut ke pejabat saya di salah sebuah hotel, saya kagum melihat wanita-wanita ini, dengan perawakan yang lembut, budi bahasa dan tutur bicara mereka sangat lembut, kemas dan teratur.. melihat mereka berdua saya terimbau kenangan semasa saya berumur 8 ke 9 tahun. ......biarlah saya cerita kisah ini kemudian kerana tujuan asal entri ini adalah khas berkaitan dengan Baitul Mahabbah.
Oh ya, tujuan kedua-dua wanita ini ke pejabat saya ialah hendak menjual "meja - Makan Malam". Tujuan nya adalah untuk membiayai pertubuhan Rumah Amal Baitul Mahabbah. Daripada cerita-cerita yang saya dengar dan brochure yang dititipkan kepada saya ternyata mereka amat-amat memerlukan bantuan.
Berikut adalah sedikit sebanyak butiran berkaitan Baitul Mahabbah Al Hashimi, yang di kirimkan kepada saya oleh puan Syarifah, penaung pertubuhan ini; Click Here.
Untuk Info Lanjut Boleh Klik dipautan berikut: