Thursday, August 11, 2011

Pusat Jagaan BAITUL MAHABBAH AL HASHIMI - Sambungan

Kalau anda baca entry saya yang lalu mesti perasan cerita berkenaan PJ Baitul Mahabbah Al-Hashimi ni;

  Kisah-kisah Baitul Mahabbah Al-Hashimi ini tidak terhenti di situ, waktu berlalu begitu pantas, kini 3 tahun berlalu tanpa disedari, saya masih menerima SMS daripada Puan Syarifah dan Pn Faridah memohon sumbangan untuk disalukan kepada rumah anak-anak ini, Janji saya untuk menyampaikan hasrat mereka kepada anda-anda yang sudi menghulukan sumbangan dan bantuan masih belum dilangsaikan.

  Sekiranya anda yang membaca cerita ini, berkenan menghulur seringgit dua atau berhasrat untuk melawat mereka, bolehlah menghubungi Pn. Syarifah atau Pn. Faridah di nombor yang disertakan di SINI

Insyaallah, saya akan lampirkan beberapa keping gambar yang di e-mail oleh Pn. Syarifah kepada saya berbulan-bulan yang lalu. Dan juga borang sumbangan di 4shared.com, Sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menelefon atau melawat, boleh juga mengisi borang tersebut dengan mendownload dan di fax atau di e-mail terus kepada Pn. Syarifah.  Pn. Syarifah dengan penuh humble akan melayan panggilan, sms dan e-mail anda.

  Kepada Pn. Syarifah, saya memohon maaf di atas kelewatan entry ini, insyaallah akan saya sebarkan kepada mereka yang prihatin. Semoga diperluaskan rezeki kepada anak-anak kesayangan Allah ini.

  Jika ada kelapangan dan rezeki insyaallah kita akan bertemu suatu hari nanti.


Untuk Info Lanjut Boleh Klik dipautan berikut:

Latar Belakang ; Pengenalan ; Gambar ; Facebook ; Keperluan 



No comments:

Post a Comment