Thursday, August 11, 2011

Pusat Jagaan BAITUL MAHABBAH AL HASHIMI - Keperluan

 Siri ini disenaraikan keperluan Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi:-


Keperluan dan Kelengkapan yang sedang diusahakan untuk ketiga-tiga asrama PJBMA

  1.  Pembinaan surau dan asrama bagi anak-anak remaja lelaki di Lot 1217, Bendang Pelai, Mukim Belimbing Kiri (kebun) yang lebih selesa kerana keadaan bangunan sekarang yang hanya dibina dengan plywood dan zing dan tapak asas binaan yang dibuat atas tanah tanpa simen.
  2.  Kelengkapan belajar yang serba kekurangan seperti meja belajar, kipas angin, komputer dan alat-alat pembelajaran yang lain. 
  3.  Kelengkapan surau yang masih serba kekurangan seperti ketiadaan PA Sistem untuk kegunaan dalam majlis Pengajian Fardhu ‘Ain dan untuk kumandangkan azan, kekurangan kipas untuk anak-anak bersolat jemaah dengan lebih selesa dan karpet surau yang sudah uzur.
  4.   Penapis air untuk minuman yang lebih sihat untuk anak-anak.(untuk 2 asrama).
  5.   Mesin basuh.
  6.   Freezer untuk menyimpan stok makanan.
  7.   Set TV dan pemain VCD untuk tujuan proses pembelajaran.
  8.   Kelengkapan bilik seperti almari pakaian, tilam, bantal, selimut dan cadar.
  9.  Kelengkapan dapur seperti periuk, kuali, dapur masak, peralatan dapur seperti pisau, sudu,jag air, senduk, cawan  dan pinggan mangkuk.
  10.  Perkakasan aktiviti kemahiran seperti mesin rumput, cangkul, pencakar, penyodok, tukul besi, gergaji dan lain-lain.
  11.  Kenderaan pengangkutan (van) untuk anak-anak pergi dan balik sekolah serta kegunaan-kegunaan  lain.
  12.   Dan Lain-lain keperluan yang difikirkan bersesuaian.
  Selain daripada yang tersebut, adalah menjadi keperluan bagi mereka di musim-musim perayaan, bulan Ramadhan dan Buka Persekolahan atau musim cuti persekolah untuk mempunyai pakaian baru, kuih-muih, makanan dan peralatan.

  Dengan itu amatlah berbesar hati bagi pihak Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi untuk menerima sebarang sumbangan daripada Anda!.

Untuk menyalurkan sumbangan bulanan atau untuk butir-butir perbankan sila klik dan muat turun di SINI

Anda juga boleh lihat makluman lanjut mereka di ruangan Facebook


Untuk Info Lanjut Boleh Klik dipautan berikut:

Latar Belakang ; Pengenalan ; Lanjutan Kisah ; Gambar ; Facebook ; 


No comments:

Post a Comment