Friday, December 16, 2011

Gembirakan Hati Mereka...

Salam,

Dah lama tk tulis pasal Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi, Rindu juga dengan anak-anak ini. Sebelum Hari Raya Korban lalu, saya menerima satu SMS daripada Pn. Syarifah, menawarkan pelaburan bagi bahagian Korban, disebabkan oleh kekangan masa dan keadaan saya tidak dapat menyambut tawaran beliau itu. Insyaallah, dilain masa, [semoga Allah Perkenankan].

Hari, Minggu dan Bulan berlalu, Musim Cuti dan Perayaan Hujung Tahun, hampir berlalu, bagi anak-anak kita yang sempurna kehidupannya, pastinya terpancar cahaya kegembiraan diwajah mereka apabila dapat Uniform Sekolah Baru, Perkakasan Sekolah baru dan dilengkapkan. Terpikirkah kita bagaimana mereka yang tidak bernasib baik, anak-anak yatim, miskin dan insaf, bagaimana mereka menyambut hari kembali ke sekolah kurang lebih 2 minngu lagi?, Ada baju barukah? ada Beg Sekolah Angry Bird kah?, ade kasut Spark kah?

Marilah kita pancarkan cahaya diwajah mereka, dengan sumbangan anda yang termampu, mungkin akan menceriakan wajah mereka, gembira hati mereka, bersemangat mereka dengan kelengkapan baru, semoga ilmu yang diterima dapat dimanafaatkan pula pada agama dan bangsa. Insyaallah.

Bagi yang berkenan membuat sumbangan, boleh hubungi terus Pn. Syarifah atau pihak pengurusan di Link berikut:

Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi
Keperluan
Borang Sumbangan & Maklumat Akaun.

No comments:

Post a Comment