Sunday, September 16, 2012

ADAM & HAWA LAGI...

80 Episod??? Sinetron ke hapa ni?? Layan je la.. sebab tabsub sangatkan pasal Adam dan Hawa ni..

Banyak giler komen kt Blog and Web pasal Nadiya Nisaa yang depa kata tk sesuai jadi Heroin Drama ni.. 
Aku tk kenal sangat Nadiya ni.. ye la kan.. aku citer melayu ni kurang sikit nk layan..

Tapi bila aku tengok ok je dia belakon.. lagi pandai dari sapa tu yg belakon Nora Elena -- alamak lupa la pulak nama dia. and lagi bagus dia berlakon dari sorang lagi pelakon dalam Bicara Hati ritu.. minah tu aku memang tk boleh blah.. walaupun aku suka jugak Novel Bicara Hari tu.. kann...

OK sebab aku rindu kt Ain hari ni.. Ni episod ke-2.

Saturday, September 15, 2012

ADAM DAN HAWA

Hi Guys and Gals.
Lama tk update cerita-ceriti kan.. Sibuk gila sejak dua menjak ni sejak jadi usahawan ni Kann.. hehe

Ok nanti kita cerita mcm mana nak jadi usahawan tu kan. La ni meh nak cerita pasal Adam dan Hawa, 

Huhu.. Adam dan Hawa nukilan Aisha Sofea inilah yang mengembalikan minat aku terhadap Novel Berbahasa Malaysia.. (minta maap )
Sebelum ni aku malas gila nak baca Novel Melayu.
Tapi satu hari tu Akak aku sibuk la nak cerita Novel paling terbaik lah konon-kononnya..
Abih je dia cerita aku pun rasa .. oklah.. nk bacalah.. apa yg best sangat tu kan..

Fuhh,.. memang best lah.. sampai lepas tu akulah peminat setia Aisha Sofea.. kikikih..

La ni Astro plak wat gempak.. tayang cerita Adam dan Hawa.. huhu sedih sebab tk dapat tengok sebab aku tk subscribe Mustika HD tu kan.

Tapi kerana nk sangat aku pun google la.. Alhamdulillah adalah manusia2 prihatin yang sudi berkerja keras merakam dan mengupload ke Web. walaupun kena block, kena claim patent la dah sebagainya.. namun usaha mereka2 ini memang aku respek la.. walaupun status nya harus ke haram aku pun agak confius.

sapa nk tengok.. kat sini beb..
Ni Episod 1 ..

Thursday, January 5, 2012

ThE AppLE oF mY EyEs..: Warna-Warni Hidup

ThE AppLE oF mY EyEs..: Warna-Warni Hidup: Lama jugak tak conteng-conteng sini kan. Idea mencurah-curah bila tak de keyboard or tak de pen kat tangan. Semua pun kat dalam kepala. ...

Friday, December 16, 2011

Gembirakan Hati Mereka...

Salam,

Dah lama tk tulis pasal Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi, Rindu juga dengan anak-anak ini. Sebelum Hari Raya Korban lalu, saya menerima satu SMS daripada Pn. Syarifah, menawarkan pelaburan bagi bahagian Korban, disebabkan oleh kekangan masa dan keadaan saya tidak dapat menyambut tawaran beliau itu. Insyaallah, dilain masa, [semoga Allah Perkenankan].

Hari, Minggu dan Bulan berlalu, Musim Cuti dan Perayaan Hujung Tahun, hampir berlalu, bagi anak-anak kita yang sempurna kehidupannya, pastinya terpancar cahaya kegembiraan diwajah mereka apabila dapat Uniform Sekolah Baru, Perkakasan Sekolah baru dan dilengkapkan. Terpikirkah kita bagaimana mereka yang tidak bernasib baik, anak-anak yatim, miskin dan insaf, bagaimana mereka menyambut hari kembali ke sekolah kurang lebih 2 minngu lagi?, Ada baju barukah? ada Beg Sekolah Angry Bird kah?, ade kasut Spark kah?

Marilah kita pancarkan cahaya diwajah mereka, dengan sumbangan anda yang termampu, mungkin akan menceriakan wajah mereka, gembira hati mereka, bersemangat mereka dengan kelengkapan baru, semoga ilmu yang diterima dapat dimanafaatkan pula pada agama dan bangsa. Insyaallah.

Bagi yang berkenan membuat sumbangan, boleh hubungi terus Pn. Syarifah atau pihak pengurusan di Link berikut:

Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi
Keperluan
Borang Sumbangan & Maklumat Akaun.